Majlis Jamuan Perpisahan untuk Cik Wan Naimah Wan Daud

Puan Maryani Abdul Majid, Pengerusi PERWAKILAN Chennai hari ini telah mengadakan majlis minum pagi bagi meraikan Cik Wan Naimah Wan Daud, Konsul Muda di Pejabat Konsulat Jeneral Chennai yang akan bertukar ke Prague, Republik Czech tidak lama lagi.

Majlis bermula seawal jam 10 pagi dengan ketibaan ahli – ahli PERWAKILAN dan kenalan di sekitar Chennai. Puan Pengerusi mengucapkan Selamat Datang dan seterusnya memberikan ucapan ringkas. Di dalam ucapannya beliau berharap Cik Wan Naimah akan gembira dan akan dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Beliau juga meminta maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan berharap Cik Naimah tidak akan lupakan semua rakan-rakan dan kenangan di sini.

Acara diteruskan dengan ucapan Cik Wan Naimah yang berterima kasih kepada semua ahli dan turut meminta maaf jika terdapat salah dan silap. Puan Pengerusi kemudian menghadiahkan sejambak bunga dan hadiah peribadi beliau kepada Cik Wan Naimah.

Seperti biasa jamuan makanan yang disediakan oleh Puan Pengerusi dan kuih muih yang turut dibawa oleh ahli-ahli PERWAKILAN telah melengkapkan majlis pada hari ini.

Antara tetamu yang hadir.Puan Maryanimakanan disediakan tuan rumahSemua tetamu bergambar bersama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: