Majlis:Berbuka Puasa,Selamat Datang & Perpisahan

Pada hari Jumaat yang lepas, 29 Ogos 2009. Encik Anuar Kasman, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai dan isteri telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Berbuka Puasa yang pertama untuk Ramadhan tahun ini. Majlis pada masa yang sama turut meraikan kedatangan Puan Zarina Mohamad Ali, Konsul Muda di pejabat Konsulat Jeneral dan meraikan perpisahan kepada Encik Mohd Azam Ali dan Puan Rahfesta sekeluarga yang akan bertukar ke Mumbai serta Puan Rohani Ahmad yang akan bertukar ke Madrid.

Majlis bermula dengan minuman, bubur lambuk & manisan untuk berbuka puasa, diikuti dengan solat jemaah Maghrib dan bacaan surah Yassin. Seterusnya barulah  para tetamu menjamu selera.

Mengakhiri majlis ialah upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada mereka yang akan berpindah. Ahli-ahli PERWAKILAN mengambil kesempatan memohon maaf di atas salah silap & terkasar bahasa serta mengucapkan Selamat Jalan dan berharap kedua-dua Puan Rahfesta dan Puan Rohani dapat menyesuaikan diri ditempat baru. Semoga kenangan bersama di Chennai akan sentiasa diingati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: