Sambutan Aidilfitri 2009 di Chennai

Aidilfitri di Chennai jatuh pada 21 September 2009 setelah genap 30 hari berpuasa. Beberapa siri rumah terbuka telah diadakan oleh kakitangan HBS. Rumah terbuka pada hari raya pertama telah diadakan di kediaman Encik Khaifil Elmi & Puan Nor Azira. Pihak tuan rumah telah menjamu juadah hari raya seperti lemang, ketupat, nasi impit,rendang, kuah kacang,roti jala dan laksa. Kehadiran warga Malaysia berbilang kaum telah memeriahkan lagi hari tersebut.  

The ladiesRaya159The ladies.

Rumah terbuka yang seterusnya telah diadakan di kediaman Encik Mohd Arif & Puan Yusnita pada 22 September 2009, iaitu hari raya yang kedua. Majlis bermula sekitar pukul 12 tengahari dan telah dihadiri oleh ahli-ahli PERWAKILAN serta HBS. Memandangkan ianya adalah hari persekolahan, tetamu-tetamu cilik hanya dapat menghadirkan diri selepas tamat sessi persekolahan masing-masing.

Rumah terbuka Aidilfitri yang ketiga ialah pada hari Sabtu, 26 September 2009 di kediaman Tn. Hj Anuar Kasman, Konsulat Jeneral Malaysia. Majlis bermula sekitar pukul 3.30 petang dan telah diadakan dalam 2 sessi. Sessi yang pertama telah dihadiri oleh para tetamu diplomatik sekitar Chennai. Manakala sessi kedua yang bermula pada pukul 5 petang adalah bagi semua warga Malaysia di Chennai. Turut menggamatkan suasana adalah para pelajar Malaysia dari Mangalore, Devangere serta sekitar Chennai.

Rumah terbuka Aidilfitri yang terakhir ialah pada hari Sabtu yang lepas, 10 Oktober 2009 di kediaman Encik Md. Zainuddin & Puan Norlis Sastrawati. Majlis bermula sekitar 12.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Para tetamu yang terdiri daripada berbilang bangsa telah dihidangkan dengan Mee rebus, nasi impit, lemang, rendang, kuah lodeh, kuah kacang serta kuih muih.

Terima kasih kepada semua tuan rumah yang sudi menganjurkan majlis rumah terbuka, serta terima kasih juga kepada semua para tetamu kerana sudi hadir untuk memeriahkan lagi suasana Aidilfitri kali ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: