SELAMAT DATANG, YBHG DATIN KHAMARZAN AHMAD MEAH

Pada hari Ahad, 01 November 2009 yang lepas, ahli-ahli PERWAKILAN Chennai telah menyambut kunjungan YBhg Datin Khamarzan Ahmad Meah, isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Mustapa Mohamed.

Ketibaan YBhg Datin Khamarzan telah disambut oleh Pn. Norlis Sastrawati Md Nor selaku Naib Pengerusi, PERWAKILAN Chennai di Lapangan Terbang Domestik Kamraj. Ini diikuti dengan sambutan ahli-ahli lain di Hotel Taj Coromandel, Chennai. YBhg Datin Khamarzan kemudiannya telah sudi menghadiri majlis makan tengahari dan suai kenal bersama ahli-ahli PERWAKILAN di Restoran PELITA Nasi Kandar. Di penghujung majlis tersebut, Pn. Norlis mewakili PERWAKILAN Chennai telah menghadiahkan cenderamata kepada YBhg Datin Khamarzan dan mengabadikan gambar bersama sebagai kenangan.

YBhg Datin Khamarzan seterusnya telah menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke 10, Restoran Marrybrown di Chennai yang diadakan di Hotel Sheraton Chola, Cathedral Road, Chennai. Pada sebelah petang dan keesokan harinya YBhg Datin Khamarzan telah dibawa ke kedai-kedai sari terkenal di sekitar Chennai seperti Man Mandir Sarees dan Nallis serta melawat sekitar Chennai dengan diiringi Pn. Norlis, Pn. Linda dan Pn.Krishnaleela.

Pada sebelah malamnya, ahli-ahli jawatankuasa PERWAKILAN telah berada di Hotel Taj Coromandel untuk mengucapkan Selamat Jalan kepada YBhg Datin Khamarzan dan YB Datuk Mustapa Mohamed. Pn. Norlis telah mengiringi keberangkatan pulang YBhg Datin Khamarzan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Anna, Chennai.

PERWAKILAN ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat pada kedua-dua hari di atas.

  

                        

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: