Mesyuarat Agong PERWAKILAN Chennai 2010.

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Chennai bagi tahun 2010 telah berlansung semalam, 17 Februari 2010 di Hotel President, Dr. Radhakrishnan Road, Chennai.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penaung PERWAKILAN, Encik Anuar Kasman, yang juga merupakan Konsul Jeneral Malaysia ke Selatan India. Selain daripada ahli-ahli PERWAKILAN, beberapa orang pegawai ‘Home Base Staff’ turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Encik Nazrul Izwan, Konsul Immigresen dan kemudiannya diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi PERWAKILAN iaitu Pn.Maryani Abd Majid. Seterusnya Encik Anuar Kasman menyampaikan amanat beliau kepada ahli-ahli PERWAKILAN dan ini kemudiannya telah diikuti dengan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli PERWAKILAN untuk tahun 2009. Seterusnya senarai ahli jawatankuasa PERWAKILAN bagi tahun 2010  diumumkan oleh Pn.Norlis Sastrawati selaku pengacara majlis. Mesyuarat kemudiannya ditunda dan diakhiri dengan sessi bergambar dan makan tengahari di Restoran PEACOCK, Hotel President.  

Pihak PERWAKILAN ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Chennai, Encik Nazrul Izwan Ismail, Encik Khairudin Abdullah, Encik Noor Arif Mohd Noor dan tidak lupa semua ahli-ahli PERWAKILAN diatas sumbangan mereka pada majlis ini.

Senarai Ahli Jawatankuasa PERWAKILAN 2010

Pengerusi : Pn. Maryani Abdul Majid

Naib Pengerusi : Pn. Norlis Sastrawati Md Nor

Setiausaha Kehormat : Pn. Nor Azira Mohamad Adni

Bendahari Kehormat : Pn. Yusnita Yusof

Ahli Jawatankuasa:

Ugama : Pn.Puspawati Mohd

Sosial & Sukan : Pn.Krishnaleela Maniam

Kebajikan & Kebudayaan : Pn.Thanaletchumi Raju

Teknologi Maklumat : Pn. Manonmani Sekaran

Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Chennai 2010

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: