Kelas membuat Mee Kuning

Ahli-ahli PERWAKILAN Chennai telah menghadiri kelas membuat mee kuning semalam di kediaman Puan Pengerusi. Demonstrasi tunjuk ajar dilakukan oleh Puan Maryani sendiri dan telah diikuti oleh semua ahli yang hadir. Sungguhpun penat mengguli adunan mee tersebut namun kepuasan jelas terbayang apabila hasilnya dapat dilihat. Para tetamu kemudiannya telah dijamu dengan Mee Rebus oleh pihak tuan rumah dan juga kuih-muih yang dibawa oleh ahli-ahli yang lain.

Mee Kuning

Bahan-bahan:

6 cawan tepung gandum

4 sudu makan tepung ubi

4 sudu makan minyak masak

1 biji telur

Garam/pewarna kuning/air secukupnya

Cara;

Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan canaikan memanjang, masukkan ke dalam mesin membuat mee untuk dinipiskan lagi, bermula dengan no.1, diikuti dengan no.2, no.3 dan diakhiri dengan bahagian mee. Kemudian celurkan mee di dalam air panas untuk 2 – 3 minit. Toskan dan lalukan dibawah air biasa. Toskan lagi dan sapukan minyak masak apabila air telah kering.

 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: