Lawatan ke kilang membuat tuala – Concorde Textile

Satu lawatan ke kilang membuat tuala – Concorde Textile telah dianjurkan oleh pihak pejabat Konsulat Jeneral Malaysia pada hari Rabu, 26 Mei 2010.

Memandangkan lokasi kilang yang agak jauh, rombongan telah bergerak seawal jam 10 pagi dan tiba di kilang lebih kurang jam 12.15 tengahari. Ahli-ahli PERWAKILAN telah ditunjukkan cara penyediaan dan pembuatan tuala dari proses yang pertama hinggalah ke proses yang terakhir. 

Diakhir lawatan semua hadirin telah dijamu dengan minuman & makanan ringan serta buah tangan sebagai kenang-kenangan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pejabat Konsulat Jeneral & pihak Concorde Textile atas lawatan yang bermanafaat ini.

  

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: