Mesyuarat Perwakilan bil : 3/2010

Mesyuarat PERWAKILAN bil: 3/2010 telah diadakan di kediaman Puan Yusnita Yusof di Arihan Raja Bhavan, Royapettah,Chennai. 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Maryani Abd Majid telah bermula sekitar pukul 11.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengahari. Pada majlis yang sama, ahli-ahli PERWAKILAN telah meraikan hari lahir Pn.Zarina Mohamad Ali.

Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah yang telah menyediakan makanan tengahari untuk semua ahli dan juga kepada ahli-ahli yang hadir bersama juadah kuih muih masing-masing.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: