Majlis Perpisahan Encik Noor Ariff & Majlis Selamat Datang Encik Mohd Izzal sekeluarga.

Encik Noor Arif daripada pejabat Tourism Malaysia Chennai akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau di Chennai pada 11 Jun 2010 ini. Pada masa yang sama, pengganti beliau iaitu Encik Mohd Izzal telah tiba di Chennai pada hari Ahad yang lepas bersama keluarganya. Oleh yang demikian PERWAKILAN Chennai telah menganjurkan Majlis Perpisahan dan Majlis Selamat Datang untuk meraikan kedua-duanya.

Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna di kediaman Encik Wan Mohd Ebrahem & Puan Fariza di Gray Shott Apartment, Bishop Garden. Para tetamu terdiri daripada ahli-ahli PERWAKILAN, HBS dan MASI. Majlis bermula sekitar jam 1.30 petang, didahului dengan bacaan doa selamat oleh Encik Nazrul Izwan, diikuti dengan ucapan oleh Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral, sepatah dua kata oleh Encik Noor Arif dan kemudiannya Encik Izzal. Sebagai simbol ucapan Selamat Datang, PERWAKILAN dengan diwakili oleh Puan Norlis telah menghadiahkan sejambak bunga kepada Puan Liza, isteri kepada Encik Izzal.

Para tetamu kemudiannya telah dijamu dengan makanan tengahari serta kuih-muih yang diadakan secara pot luck. Majlis tamat sekitar jam 5 petang.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: