Majlis Doa Selamat sempena Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong

Pada hari Ahad, 13 Jun 2010 yang lepas, Pejabat Konsulat Jeneral malaysia di Chennai telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi meraikan ulangtahun keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong.

Majlis telah dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diikuti dengan bacaan Yassin & doa selamat dengan di ketuai oleh Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Immigresen di Chennai. Hadirin yang beragama Islam telah hadir seawal 7.30 malam manakala jemputan bukan Muslim pula hadir seawal 8.30 malam.

Para tetamu kemudiannya telah dihidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk serta kuih – muih yang disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli-ahli PERWAKILAN. 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: