Majlis Perpisahan En. Mohd Arif sekeluarga serta En.Chris dan Pn. Anita Tan

Satu Majlis Perpisahan telah dianjurkan oleh PERWAKILAN Chennai untuk meraikan keluarga Encik Mohd Arif & Puan Yusnita Yusof serta Encik Chris & Puan Anita Tan yang telah tamat tempoh tugasan masing-masing di Chennai.

Majlis tersebut telah diadakan sekitar jam 7 petang, pada 16 Julai 2010, di kawasan berbumbung kediaman Encik Nazrul Izwan, Konsul Imigresen di Chennai. Majlis dimulakan dengan makan malam, diikuti dengan ucapan oleh Encik Anuar Kasman selaku Konsul Jeneral dan kemudian diikuti dengan ucapan oleh Encik Mohd Arif dan Encik Chris Tan. Upacara penyampaian hadiah menyusul kemudian dengan Puan Norlis selaku Naib Presiden menyampaikan cenderamata dan jambangan bunga kepada Puan Yusnita dan Puan Anita.

PERWAKILAN mengucapkan terima kasih kepada kedua – dua ahlinya iaitu Puan Yusnita dan Puan Anita diatas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini. Semoga keduanya akan bergembira dengan keluarga di Malaysia, semoga persahabatan yang telah dibina ini akan berkekalan. Terima kasih juga kepada Encik Nazrul Izwan yang sudi menjadi tuan rumah untuk majlis kali ini.

 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: