Majlis Berbuka Puasa Dan Sambutan Kemerdekaan ke 53

Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Kemerdekaan ke 53 telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Konsulat Malaysia, Chennai. Majlis bermula sekitar jam 7.00 petang dengan didahului bacaan doa selamat oleh Encik Nazrul Izwan, Konsul Imigresen dan diikuti dengan ucapan oleh Encik Anuar Kasman selaku Konsul Jeneral Malaysia di Selatan India. Turut memeriahkan majlis pada malam tersebut ialah nyanyian lagu Negaraku oleh semua rakyat Malaysia serta nyanyian medley lagu-lagu merdeka oleh anak-anak Malaysia. Upacara memotong kek menyusul kemudian dan  majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.

 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: