Majlis Sambutan Maal Hijrah dan House Warming

Majlis sambutan Maal Hijrah 1432 telah diadakan di kediaman Encik Mohd Izal Mohd Nor, Pengarah Tourism Malaysia. turut diadakan pada acara yang sama adalah majlis house warming memandangkan beliau sekeluarga baru berpindah ke rumah baru.

Majlis telah dimulakan sekitar pukul 7.45 malam dengan solat Isyak berjemaah di ikuti dengan bacaan Yassin dan bacaan doa awal tahun. Para tetamu kemudiannya telah dijamu dengan nasi beriyani,laksa Penang dan pelbagai kuih-muih.

Ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah yang telah sudi mengundang dan bertungkus lumus menyediakan makanan untuk semua tetamu.

 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: