Aidilfitri 2010 di Chennai

Aidilfitri di Chennai jatuh pada 10 September 2010 setelah genap 30 hari berpuasa. Beberapa siri rumah terbuka telah diadakan oleh kakitangan HBS. Rumah terbuka pada hari raya pertama telah diadakan di kediaman Encik Khaifil Elmi & Puan Nor Azira. Pihak tuan rumah telah menjamu juadah hari raya seperti ketupat, nasi impit,rendang, kuah kacang,nasi minyak dan laksa. Kehadiran warga Malaysia berbilang kaum telah memeriahkan lagi hari tersebut.  

Rumah terbuka yang kedua telah diadakan di kediaman Encik Md Zainudin dan Puan Norlis Sastrawati pada hari Ahad, 12 September 2010. Majlis diadakan pada sebelah tengahari. Pada sebelah malamnya pula rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Konsul Jeneral. Rakyat Malaysia termasuklah para pelajar Malaysia di Chennai telah menghadirkan diri.

Rumah terbuka yang seterusnya telah diadakan di kediaman Puan Zarina Mohamad Ali pada hari Sabtu, 18 September 2010. Majlis bermula sekitar pukul 12 tengahari dan telah dihadiri oleh ahli-ahli PERWAKILAN serta HBS. Rumah terbuka yang kelima telah diadakan di kediaman Cik Nuraini Herman pada hari Ahad 20 September 2010. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari.

Rumah terbuka Aidilfitri yang keenam telah dihoskan oleh Encik Mohamad dan Puan Puspawati pada hari Sabtu 25 September 2010. Tetamu telah dijamu dengan laksa johor dan pelbagai juadah lain.

Rumah terbuka Aidilfitri yang ketujuh ialah pada hari Ahad, 26 September 2010 di kediaman Konsul Pendidikan, Encik Khairudin Abdullah. Majlis bermula sekitar pukul 12.00 tengahari telah dihadiri oleh rakyat Malaysia sekitar Chennai.

Rumah terbuka yang terakhir telah dihoskan oleh Encik Wan Mohd Ebrahem dan Puan Fariza. Majlis yang diadakan pada 02 Oktober 2010 turut menyambut ulang tahun kelahiran kedua-dua anak mereka.

Terima kasih kepada semua tuan rumah yang sudi menganjurkan majlis rumah terbuka, serta terima kasih juga kepada semua para tetamu kerana sudi hadir untuk memeriahkan lagi suasana Aidilfitri kali ini.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: