Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil 1/2011

Majlis bacaan pembukaan tahun 2011 telah diadakan pada hari Selasa, 25 Januari 2011 yang lepas. Majlis telah diadakan di kediaman Pn.Maryani Abd Majid. Majlis juga turut diadakan sempena ulang tahun arwah ayahanda Pn.Maryani. Majlis telah diketuai oleh Puan Puspawati dan tamat sekitar pukul 12.00 tengahari.

Pihak tuan rumah telah menyediakan kuey teow goreng dan roti jala sebagai hidangan. Manakala ahli-ahli yang hadir telah membawa kuih-muih.

Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah dan ahli-ahli yang telah hadir untuk meraikan majlis serta membawa buah tangan.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: