Majlis Sambutan Maulidurrasul 1431

Pejabat Konsulat Jeneral Chennai telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul pada hari Selasa, 22 Februari 2011 yang lepas. Majlis diadakan dikediaman rasmi Konsul Jeneral dan telah dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, bacaan Yassin, bacaan Selawat dan persembahan Nasyid oleh anak-anak HBS. Diakhir majlis para tetamu telah dihidangkan dengan makan malam dan diberikan bunga telur sebagai cenderahati.

Terima kasih kepada ahli-ahli PERWAKILAN yang telah membantu menyediakan juadah makanan dan Encik Nazrul Izwan, Konsul Imigresen yang mengetuai majlis pada malam tersebut.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: