Potluck Mac 2011

Majlis pot luck yang pertama untuk tahun 2011 telah diadakan di kediaman Encik Sekaran dan Puan Manonmani di VijayaShanti Raintree Apartment, Venus Colony, Alwarpet pada hari Sabtu, 27 March 2011 yang lepas.

Majlis bermula sekitar jam 12.30 tengahari dan telah dihadiri oleh rakyat Malaysia dan rakan dari Singapura yang menetap di Chennai. Sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Mac turut diadakan. Tuan rumah turut menyediakan permainan treasure hunt untuk kanak-kanak.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan Encik Sekaran dan Puan Manonmani kerana sudi menjdai tuan rumah untuk majlis potluck kali ini. Terima kasih juga kepada para tetamu yang membawa juadah makanan dan pemanis mulut untuk dikongsi bersama.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: