MESYUARAT AGONG PERWAKILAN CHENNAI 2011

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Chennai bagi tahun 2011 telah diadakan pada hari Selasa, 5 April 2011, bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 27, Park Sheraton Hotel & Towers, Alwarpet, Chennai.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penaung PERWAKILAN, Encik Anuar Kasman, yang juga merupakan Konsul Jeneral Malaysia ke Selatan India. Selain daripada ahli-ahli PERWAKILAN, beberapa orang pegawai ‘Home Base Staff’ turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Immigresen dan kemudiannya diikuti dengan ucapan daripada Pn. Maryani Abd Majid selaku Pengerusi PERWAKILAN, beliau turut mengumumkan senarai ahli jawatankuasa untuk tahun 2011. Seterusnya, Encik Anuar Kasman menyampaikan amanat beliau kepada ahli-ahli PERWAKILAN dan ini kemudiannya telah diikuti dengan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli PERWAKILAN untuk tahun 2010. Selain daripada penyampaian sijil, upacara penyampaian hadiah untuk aktiviti pertandingan golf dan badminton turut diadakan.  Mesyuarat diakhiri dengan sessi bergambar dan makan tengahari di Restoran Residency, Park Sheraton hotel & Towers.  

Pihak PERWAKILAN ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Chennai, Encik Nazrul Izwan Ismail, Encik Khairudin Abdullah, Encik Kunaseelan Nadarajah, Encik Izal Nor, Encik Khaifil Elmi Jamil serta semua ahli-ahli PERWAKILAN diatas sumbangan mereka pada majlis ini.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: