Majlis Pot Luck April 2011

Majlis pot luck bagi bulan April 2011 telah diadakan di kediaman Pengarah Tourism Malaysia di Chennai, Encik Mohd Nor Izal dan Puan Hafzamliza Ramli di 14th Avenue, Harrington Road, Chetpet pada hari Sabtu, 16 April 2011 yang lepas.

Majlis bermula sekitar jam 12.30 tengahari dan telah dihadiri oleh HBS, rakyat Malaysia dan rakan dari Singapura yang berada di Chennai. Majlis dimulakan dengan ucapan Selamat Datang dan terima kasih daripada Encik Izal dan kemudiannya diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohamad Md Zahari. Selain sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan April, majlis turut menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 26 Konsul Jeneral dan Puan Maryani. Tuan rumah turut menyediakan sessi permainan  untuk kanak-kanak.

Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk majlis potluck kali ini dan juga kepada para tetamu yang membawa juadah makanan dan pemanis mulut untuk dikongsi bersama.

 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: