Kelas Fardu Ain Anak-Anak Chennai : siri 2/2011

Kelas Fardu Ain yang yang kedua telah diadakan pada hari Jumaat, 29 April 2011 yang lepas. Kelas telah diadakan untuk mengisi masa anak-anak sementelaah hari Jumaat adalah cuti sekolah. Kelas yang diadakan selama satu setengah jam ini adalah dibawah bimbingan Ustazah Hafzamliza Ramli dan Puan Puspawati Mohd Khalid. Matapelajaran kali ini adalah solat. Ianya merangkumi perkara asas solat bermula dari waktu solat, rukun solat serta wuduk. Amali wuduk dan solat Maghrib turut diadakan.

Perwakilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Liza dan ibu bapa yang telah menghantar anak masing-masing untuk mengimarahkan majlis.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: