Majlis Pot Luck Mei 2011

Majlis pot luck bagi bulan Mei 2011 telah diadakan di kediaman Konsul Perdagangan Malaysia di Chennai, Encik Md Zainuddin dan Puan Norlis Sastrawati di Laksmanan Stree, T.Nagar pada hari Sabtu, 14 Mei 2011 yang lepas.

Majlis yang bermula jam 12.00 tengahari, telah dihadiri oleh HBS dan ahli Perwakilan Chennai. Majlis turut menyambut ulangtahun kelahiran bagi mereka yang lahir pada bulan Mei.

Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk majlis potluck kali ini dan juga kepada para tetamu yang membawa juadah makanan dan pemanis mulut untuk dikongsi bersama.

 

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: