Mesyuarat PERWAKILAN : Bil 2/2011

Mesyuarat PERWAKILAN bil: 2/2011 telah diadakan pada hari Khamis yang lepas, 26 Mei 2011, di kediaman Puan Manonmani Sekaran.

Mesyuarat yang bermula sekitar pukul 11.00 pagi telah dipengerusikan oleh Pn. Norlis Sastrawati Md Nor selaku Timbalan Pengerusi Perwakilan memandangkan Pn.Maryani berada di Malaysia. Mesyuarat seperti biasa membincangkan aktiviti – aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Jun akan datang.

Mesyuarat tamat pada pukul 12.00 tengahari dan semua ahli yang hadir telah dijamu dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih. Terima kasih kepada tuan rumah dan juga ahli-ahli yang hadir bersama juadah kuih muih masing-masing.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: