Majlis Pot Luck bulan Jun 2011

Majlis pot luck bagi bulan Jun 2011 telah diadakan di kediaman Encik Mohammad Md Zahari dan Puan Puspawati Mohd Khalid di Al-Hafiz apartment, Cathedral Garden Street, Chennai pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 yang lepas.

Majlis yang bermula jam 1.00 tengahari, telah dihadiri oleh HBS, ahli Perwakilan Chennai dan juga rakan-rakan yang berada di sekitar Chennai. Majlis turut menyambut ulangtahun kelahiran bagi mereka yang lahir pada bulan Jun 2011.

Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk majlis potluck kali ini dan juga kepada para tetamu yang membawa juadah makanan dan pemanis mulut untuk dikongsi bersama.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: