Sambutan Keputeraan SPB Yg Dipertuan Agong

Majlis sambutan meraikan keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, anjuran Pejabat Konsulat Chennai pada tahun ini telah diadakan di Wave Hall, Fortune Aruna Park Hotel, Sterling Road, Nungambakkam, Chennai pada hari Sabtu, 4 Jun 2011.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Encik Mohd Izal Nor daripada Pejabat Tourism Malaysia, diikuti dengan Ucapan oleh Encik Anuar Kasman selaku Konsulat Jeneral, Chennai. Seterusnya semua yang hadir telah bersama – sama menyanyikan lagu kebangsaan,Negaraku. Para tetamu kemudiannya telah dijemput untuk menikmati makan malam.

Anak-anak HBS turut melibatkan diri dengan menyampaikan 2 buah persembahan melalui lagu Kain Pelikat dan Lagu 3 Kupang.  Turut mengadakan persembahan ialah Kakitangan Ambilan Tempatan yang bertugas di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.  Acara cabutan bertuah yang diselitkan oleh pihak penganjur berjaya mencuri tumpuan semua hadirin.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: