IFTAR TERAKHIR 2012 DAN PERSEDIAAN SYAWAL

Walaupun ramai kawan-kawan telah pulang ke kampung halaman, persiapan untuk menyambut Lebaran tetap dilaksanakan dengan meriahnya.

Majlis telah diadakan pada 19 Ogos 2012 dan sekali lagi bertempat di kediaman Encik Shah Nizam & Puan Kasma Abdullah. Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali bermula seawal jam 2.30petang dimana rakan yang tidak pulang beraya ke kampung halaman datang berkumpul bagi membuat persiapan menyambut hari raya keesokan harinya.

Menu berbuka yang simple & sempoi tapi menyelerakan…tomyam udang, telur bungkus, ayam goreng, ikan bilis masak cili, masala dosa oleh Puan Ann, cekodok pisang, cekodok udang, bubur cha-cha, cheesecake dan buah-buahan..semua habis licin hingga menjilat jariiiii….

 

ha…tengok tu! semua berebut-rebut…

 

Pengerusi sedang membuka daun palas yang diterbangkan khas dari Malaysia oleh Cik Nuraini…terima kasih…dapat juga merasa makan ketupat palas walaupun beraya nun jauh di perantauan.

 

Pelajar Malaysia di sini juga turut turun padang sama-sama membantu menyediakan persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal keesokan hari.

 

sedang mengisi beras dalam kelonsong ketupat

 

Tengok tuuuu…!!dah siap pun ketupat nasi “Made In India”

 

Sesi merasa ketupat dan rendang oleh Dr. Rao dan Cik Nuraini…hmmm..sedapnyaaa

 

Terima kasih atas sumbangan tenaga yang telah diberikan….tanpa bantuan anda semua, Lebaran kita tentunya tidak akan meriah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: