MAJLIS PERPISAHAN UNTUK PENGERUSI PERWAKILAN DAN KONSUL IMIGRESEN

Majlis Perpisahan yang diadakan pada hari Selasa, 16 Oktober 2012 yang lepas di Mainland China, T.Nagar, Chennai adalah untuk meraikan Pengerusi Perwakilan, Puan Maryani Abdul Majid dan Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Imigresen yang akan tamat tempoh berkhidmat di Chennai tidak lama lagi. Pengerusi Perwakilan sekeluarga akan pulang terlebih dahulu ke Malaysia sebelum bertukar ke tempat tugasan baru di Bosnia. Encik Nazrul Izwan pula akan kembali bertugas di Malaysia.

Perwakilan Chennai mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Maryani yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sepanjang berada di sini. Begitu banyak sekali aktiviti telah diadakan, antaranya Majlis “Potluck” Bulanan, Majlis Bacaan Yaasin, Majlis Berbuka Puasa, Bertarawih dan berjemaah bersama, “Family Day”, Lawatan Sambil Belajar ke Kilang-kilang, Kelas Masakan, Perlawanan Badminton,Bowling, Golf dan macam-macam lagi.

Tidak lupa ucapan terima kasih kami buat Encik Nazrul yang telah banyak membantu PERWAKILAN Chennai dalam Majlis-majlis Agama yang dianjurkan dengan mengetuai Solat Berjemaah, Bacaan Yaasin & Bacaan Doa. Beliau juga antara tulang belakang aktiviti – aktiviti anjuran Perwakilan Chennai  dan Pejabat Konsulat Chennai. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa mereka.

Perwakilan Chennai mengucapkan Selamat Maju Jaya & Selamat Pulang kepada kedua – duanya dan semoga persahabatan yang telah sedia terjalin ini akan berkekalan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: