MAJLIS PERPISAHAN BUAT KONSUL JENERAL SEKELUARGA DAN KONSUL IMIGRESEN

Majlis Perpisahan ini telah diadakan pada hari Isnin, 29 Oktober 2012 yang lalu bertempat di “The Aruna Chennai”, Sterling Road, Nungambakkam. Majlis bertujuan untuk meraikan Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral serta keluarga dan Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Imigresen yang akan tamat tempoh berkhidmat di Chennai tidak lama lagi. Konsul Jeneral dan keluarga akan pulang terlebih dahulu ke Malaysia sebelum berpindah ke tempat tugasan baru di Bosnia. Encik Nazrul Izwan pula akan kembali bertugas di Malaysia.

Majlis pada malam tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi MIC.

apalah agaknya yang diborakkan oleh Puan Pengerusi dengan YB Datuk Seri ni…hmmm

Encik Badrul Hisham sebagai pengacara majlis pada malam tersebut

Di meja utama…orang yang diraikan, Encik Anuar Kasman, Puan Maryani & Encik Nazrul bersama YB Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden MASI & pasangan.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir

Senyuman manis daripada Pengerusi kesayangan…Puan Maryani Abd. Majid bersama suami tercinta, Encik Anuar Kasman

Ucapan daripada Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral

Ucapan daripada YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Senyuman menawan daripada Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Imigresen

Acara Penyampaian Sijil Penghargaan

Acara selingan sambil menikmati hidangan makan malam yang disajikan

Acara memotong kek oleh orang yang diraikan

Persembahan nyanyian oleh adik Dina

Persembahan hebat dari “the boys”…tarian “GANGNAM STYLE”

Penyampaian cenderakenangan daripada PERWAKILAN kepada Puan Maryani, Presiden PERWAKILAN Chennai dari April 2008 hingga November 2012

Cenderakenangan daripada ahli PERWAKILAN kepada Encik Anuar Kasman sebagai Penaung

Tandakenangan daripada semua ahli kepada Encik Nazrul yang telah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti PERWAKILAN agar dapat berjalan dengan lancar..TERIMA KASIH!!!

Nyanyian daripada Encik Nazrul

Puan Ann juga turut menyumbangkan suara beliau menyanyikan lagu Anak Kampung bersama adik Dayad

“SEMALAM DI MALAYSIA” persembahan daripada Encik Anuar Kasman buat semua yang hadir…sungguh mendalam makna lagu tersebut…

Ini pula persembahan daripada rakan-rakan buat sahabat yang mereka sayangi…Dina Anuar

 

 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA RAKAN YANG TELAH SUDI MELUANGKAN MASA ANDA UNTUK SAMA-SAMA HADIR DALAM MAJLIS INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: