Archive for the Celebration Category

HAPPY DEEPAVALI FROM CHENNAI

Posted in Celebration on 11/11/2012 by PerwakilanChennai

IT’S DIWALI AGAIN! Be ready for loads and loads of crackers! Happy Diwali from the PERWAKILAN ladies to our members, relatives and friends here in Chennai, all across the world and not forgetting back in Malaysia.

 

AIDILADHA 2012

Posted in Activities, Celebration on 07/11/2012 by PerwakilanChennai

Hari Raya Aidiladha di Chennai jatuh pada hari Sabtu, 27 Oktober 2012 yang lalu. Setelah selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha, semua keluarga yang berada di Chennai, datang berkumpul di kediaman Encik Shah Nizam & Puan Kasma Abdullah untuk berhari raya bersama-sama.

Juadah untuk sarapan & minum pagi sementara menunggu daging korban sampai pada sebelah petang.

Alhamdulillah…dah sampai pun daging lembu korban..Korban oleh Encik Shah & isteri serta Encik Izal & isteri

Sesi memotong daging korban pulak..haha..tengok Puan Ann tu..berkain pelikat dia sambil memotong daging kurban

Ini rupa daging unta…dikorbankan oleh Encik Zambri & isteri

haa…tu..tu..ambil yang isi tu untuk buat nasi daging ye..

Semua “ladies” masing-masing sibuk bergotong royong di dapur pula

Shah : Izal, cer ko pasang betul2..nanti kang tak masak pulak daging korban kita ni..dah lapar ni..asyik makan ketupat je dari pagi tadi…

eh-eh..sambil masak pun sempat lagi nak posing ye! hmmm..memang riuh rendah bila semua dah berkumpul ni..

Sup tulang dah pun masak…jemput la semua ye…Bismillah..

Nazrul : fuh-fuh..isk..panas lagi ni..

dah siap pun nasi daging

ini daging unta yang telah digoreng kunyit

ini pulak paru goreng

slurrrppp!!! sedap betul air asam ni..thank you kak Z ye!

daging yang siap dipotong untuk dicicah dengan air asam

yang ni pulak…hati, jantung & bahan2 dalaman lain yang digoreng berempah…wow!! memang marbeles tau!!

bila semua dah kenyang, sambung dengan aktiviti main mercun dan bunga api pulak….pom! pang! kebommm!! opocot!!!

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH DATANG UNTUK SAMA-SAMA BERHARI RAYA DAN JUGA SUDI MENYUMBANG TENAGA BERGOTONG ROYONG BAGI MENJAYAKAN AIDILADHA PADA KALI INI. TANPA KERJASAMA KALIAN SEMUA, AIDILADHA KITA TAK BERERTI DAN TAK MERIAH!!

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SIRI 3/2012

Posted in Activities, Celebration on 25/10/2012 by PerwakilanChennai

Bertempat di kediaman Encik Muhamad Zambri & Puan Rozita. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali pada 9 September 2012 yang lalu. Bermula seawal jam 1.00 petang, tetamu datang berkunjung sehinggalah selesai semuanya pada jam 10.00 malam. Majlis kali ini telah diakhiri dengan Sambutan Hari Lahir Puan Rozita dan Encik Izal.

 

Aneka desserts

 

Menu tetap setiap kali open house…Laksa Penang

 

Nasi Impit, Kuah Kacang, Ketupat Palas & Rendang Ayam

 

Menu Utama….Nasi Ayam

 

BIRTHDAY KEK!! SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN BERBAHAGIA DISAMPING INSAN TERSAYANG SERTA DILIMPAHI DENGAN RAHMAT DARI ALLAH TAALA..

 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA TETAMU YANG HADIR SERTA RAKAN-RAKAN PERWAKILAN YANG TELAH SUDI MEMBAWA JUADAH MASING-MASING.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Posted in Celebration on 25/10/2012 by PerwakilanChennai

Salam Aidiladha dari kami PERWAKILAN Chennai kepada semua kaum muslimin, muslimat, sanak saudara serta sahabat handai yang berada di kampung halaman mahupun di perantauan.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI KEDIAMAN RASMI KONSUL JENERAL

Posted in Activities, Celebration on 25/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis diadakan pada 2 September 2012 di kediaman rasmi Tuan Konsul Jeneral, Encik Anuar Kasman dan keluarga. Majlis telah berjalan dengan lancar pada mulanya tetapi menjadi agak kelam kabut kerana hujan yang turun dengan lebat sekali. Semua makanan yang telah dihidangkan di khemah terpaksa dialih masuk ke dalam rumah dengan dibantu oleh pelajar-pelajar yang hadir. Semua tetamu juga terpaksa bersesak-sesak di dalam rumah. Walaubagaimanapun, majlis telah berjalan lancar dan begitu meriah sekali dengan kehadiran para pelajar dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Chennai.

 

air soya yang disediakan oleh Puan Pengerusi….mmmm…nyamannya..

 

aneka desserts

 

Lemang

 

Rendang Ayam

 

Bihun Goreng…sedapnyaaaa…

 

Nasi Beriani ada…

 

Nasi Tomato pun ada..

 

Ayam Masak Merah…yummy!

 

Kuah Kacang

 

Nasi Impit

 

Kuah Lodeh

 

Roti Jala & Kari Ayam pun ada jugak…

 

tengok tu…sibuknya tuan rumah sedang membuat persiapan sementara menunggu ketibaan tetamu

 

berbaris panjang menunggu giliran masing-masing

 

semua sedang sibuk memindahkan makanan masuk ke dalam rumah setelah hujan turun dengan lebatnya

 

habis basah…..hanya tinggal khemah kosong saja

 

terpaksa bersesak-sesak dalam rumah

 

bila kebanyakan tetamu dah pulang, acara main mercun dan bunga api pulak…

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55

Posted in Activities, Celebration on 23/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada 31 Ogos 2012 lalu bertempat di “The Accord Metropolitan Hotel”, Chennai.

 

Antara kuih-muih Malaysia yang dihidangkan pada majlis tersebut

 

Konsul Jeneral dari Negara Thailand

 

Upacara memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke 55 oleh Tuan Konsul Jeneral, Encik Anuar Kasman dan isteri Puan Maryani Abd. Majid

 

Pengerusi bersama Konsul Jeneral dari Negara Thailand dan isteri

 

Ladies PERWAKILAN bergambar bersama Encik Nazrul, Konsul Imigresen

 

Cekodok pisang, sate & char koey teow, antara “live counter” yang mendapat sambutan paling laris

 

55th National Day of Malaysia Cake

 

Haaa…..tak ketinggalan juga, Konsul Jeneral Singapura pun turut sama berbaris nak dapatkan char koey teow panassss!!

 

minuman juga disediakan secara “live counter”…mmmm…best!!

 

HBS bersama Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral

 

Ladies PERWAKILAN Chennai

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SIRI 2/2012

Posted in Activities, Celebration on 19/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis telah berlangsung pada hari Ahad 26 Ogos 2012 bertempat di kediaman Encik Mohammad & Puan Pospawati.

 

Terima kasih buat semua rakan yang sudi hadir..