Archive for the Miscellaneous Category

Majlis Beramah Mesra bersama Adik Auni Danisha Mohd Izal

Posted in Activities, Miscellaneous on 06/07/2011 by PerwakilanChennai

Pasangan Encik Mohd Izal & Puan Hafzamliza telah mengadakan majlis minum petang pada hari Sabtu, 12 Jun 2011 yang lepas di kediaman mereka.

Majlis yang bermula pada jam 4.00 petang telah dihadiri oleh rakan taulan pasangan yang berada di sekitar Chennai.

Perwakilan mengucapkan tahniah di atas kelahiran Auni Danisha serta terima kasih kepada Encik Mohd Izal sekeluarga atas undangan minum petang.

Advertisements

Sambutan Keputeraan SPB Yg Dipertuan Agong

Posted in Activities, Miscellaneous on 06/07/2011 by PerwakilanChennai

Majlis sambutan meraikan keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, anjuran Pejabat Konsulat Chennai pada tahun ini telah diadakan di Wave Hall, Fortune Aruna Park Hotel, Sterling Road, Nungambakkam, Chennai pada hari Sabtu, 4 Jun 2011.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Encik Mohd Izal Nor daripada Pejabat Tourism Malaysia, diikuti dengan Ucapan oleh Encik Anuar Kasman selaku Konsulat Jeneral, Chennai. Seterusnya semua yang hadir telah bersama – sama menyanyikan lagu kebangsaan,Negaraku. Para tetamu kemudiannya telah dijemput untuk menikmati makan malam.

Anak-anak HBS turut melibatkan diri dengan menyampaikan 2 buah persembahan melalui lagu Kain Pelikat dan Lagu 3 Kupang.  Turut mengadakan persembahan ialah Kakitangan Ambilan Tempatan yang bertugas di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.  Acara cabutan bertuah yang diselitkan oleh pihak penganjur berjaya mencuri tumpuan semua hadirin.

Perwakilan visits to Le Chocolatier

Posted in Activities, Miscellaneous on 31/05/2011 by PerwakilanChennai

Perwakilan ladies made a visit to Le Chocolatier, the chocolate lounge in Harrington Road, Chetpet, Chennai. We were welcome by its Chef and were given thorough explanation on the chocolates there. We were also lucky enough to be allowed to enter its kitchen and were showed on how the chocolates were prepared.

Perwakilan would like to thanked the CEO of Oriental Cuisines and the staff of Le Chocolatier for their warm hospitality throughout our visit.

 

Perwakilan joined the chocolate cooking Class

Posted in Activities, Miscellaneous on 31/05/2011 by PerwakilanChennai

Perwakilan ladies had join the chocolate cooking class organize by Cooktown. The class was held for approximately 3 hours at Jamal’s Park Avenue, Mc Nicholas Road, Chetpet.

We were taught on how glaze the nuts, the correct method to melt chocolates and then how to make the varieties of chocolate which we usually bought from the store. We were also given valuable tips on making chocolate.

Kelas Fardu Ain Anak-Anak Chennai : siri 2/2011

Posted in Activities, Miscellaneous on 09/05/2011 by PerwakilanChennai

Kelas Fardu Ain yang yang kedua telah diadakan pada hari Jumaat, 29 April 2011 yang lepas. Kelas telah diadakan untuk mengisi masa anak-anak sementelaah hari Jumaat adalah cuti sekolah. Kelas yang diadakan selama satu setengah jam ini adalah dibawah bimbingan Ustazah Hafzamliza Ramli dan Puan Puspawati Mohd Khalid. Matapelajaran kali ini adalah solat. Ianya merangkumi perkara asas solat bermula dari waktu solat, rukun solat serta wuduk. Amali wuduk dan solat Maghrib turut diadakan.

Perwakilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Liza dan ibu bapa yang telah menghantar anak masing-masing untuk mengimarahkan majlis.

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil : 2/2011

Posted in Activities, Miscellaneous on 09/05/2011 by PerwakilanChennai

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil kedua untuk tahun ini telah diadakan pada hari Rabu, 27 April 2011 yang lepas. Majlis telah diketuai dan diadakan di kediaman Pn.Puspawati Mohd Khalid. Majlis yang bermula sekitar jam 11.00 pagi telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Terima kasih kepada pihak tuan rumah telah menyediakan bihun goreng dan laksa johor sebagai hidangan dan juga ahli-ahli yang hadir telah membawa kuih-muih.

Jamuan Makan Tengahari bersama Pegawai-Pegawai Imigresen dan keluarga

Posted in Activities, Miscellaneous on 25/04/2011 by PerwakilanChennai

Pejabat Imigresen Chennai dengan kerjasama PERWAKILAN Chennai telah mengadakan majlis makan tengahari di kediaman Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Imigresen di Chennai. Majlis turut disertai oleh HBS di Chennai dan pegawai-pegawai Imigresen dari New Delhi dan Mumbai yang turut berada di Chennai.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan tuan rumah dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohamad Md Zahari.