Archive for the Pot Luck Category

PRE-DEEPAVALI, HOUSEWARMING & WELCOMING

Posted in Activities, Pot Luck on 15/11/2012 by PerwakilanChennai

Majlis telah diadakan dikediaman Puan Sarala pada hari Sabtu, 3 November 2012 yang lalu.

 

Auni..say cheeeeesee!!!

 

pelbagai juadah yang telah dihidangkan kepada para tetamu

 

adegan suap menyuap gitu…hehe..

 

eh-eh..menjeling semacam je ni…apasal? jgn risau ye, banyak lagi makanan tu..

 

 

Pengerusi PERWAKILAN menghadiahkan sejambak bunga untuk Puan Nor Asmah sebagai tanda Selamat Datang untuk beliau

 

acara memotong kek “3 in 1″…. “Pre-Deepavali, Housewarming & Welcoming”

 

 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA RAKAN DI ATAS KESUDIAN ANDA UNTUK HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT BERSAMA KUIH-MUIH MASING-MASING.

MONTHLY POTLUCK – OCTOBER

Posted in Activities, Pot Luck on 29/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis “Potluck” kali ini telah berlangsung pada 6 Oktober 2012 yang lalu bertempat di kediaman Cik Nuraini.

 

Terima kasih kepada tuan rumah dan semua ahli yang telah sudi menyediakan juadah masing-masing yang sesungguhnya enak-enak belaka.

IFTAR TERAKHIR 2012 DAN PERSEDIAAN SYAWAL

Posted in Activities, Pot Luck on 12/10/2012 by PerwakilanChennai

Walaupun ramai kawan-kawan telah pulang ke kampung halaman, persiapan untuk menyambut Lebaran tetap dilaksanakan dengan meriahnya.

Majlis telah diadakan pada 19 Ogos 2012 dan sekali lagi bertempat di kediaman Encik Shah Nizam & Puan Kasma Abdullah. Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali bermula seawal jam 2.30petang dimana rakan yang tidak pulang beraya ke kampung halaman datang berkumpul bagi membuat persiapan menyambut hari raya keesokan harinya.

Menu berbuka yang simple & sempoi tapi menyelerakan…tomyam udang, telur bungkus, ayam goreng, ikan bilis masak cili, masala dosa oleh Puan Ann, cekodok pisang, cekodok udang, bubur cha-cha, cheesecake dan buah-buahan..semua habis licin hingga menjilat jariiiii….

 

ha…tengok tu! semua berebut-rebut…

 

Pengerusi sedang membuka daun palas yang diterbangkan khas dari Malaysia oleh Cik Nuraini…terima kasih…dapat juga merasa makan ketupat palas walaupun beraya nun jauh di perantauan.

 

Pelajar Malaysia di sini juga turut turun padang sama-sama membantu menyediakan persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal keesokan hari.

 

sedang mengisi beras dalam kelonsong ketupat

 

Tengok tuuuu…!!dah siap pun ketupat nasi “Made In India”

 

Sesi merasa ketupat dan rendang oleh Dr. Rao dan Cik Nuraini…hmmm..sedapnyaaa

 

Terima kasih atas sumbangan tenaga yang telah diberikan….tanpa bantuan anda semua, Lebaran kita tentunya tidak akan meriah…

IFTAR 6/2012

Posted in Activities, Pot Luck on 12/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis Berbuka Puasa yang terakhir untuk tahun ini telah diadakan di kediaman En. Shah Nizam dan Puan Kasma Abdullah pada hari Sabtu 18 Ogos 2012 bersamaan 29 Ramadhan 1433 hijrah yang telah lalu.

Kali ini semua berpakat untuk berbuka dengan Nasi Ambeng. Hmmm…memang enak makan ramai-ramai dalam satu bekas, sambil makan dapat juga mengeratkan silaturrahim..

 

haa…dh siap pun…ready to eat!!

 

Baca doa dulu na…

 

Ha..yang ini pulak mini Nasi Ambeng..oleh 2 sahabat karib

 

wah..wah..dah licin semua ye!! tak pe..nanti kita buat lagi ye…

 

sementara menunggu pengumuman hari raya..semua pakat bergotong-royong menyediakan persiapan..

 

tengok ni…dah siap pun sarung ketupat..

 

bila diumumkan belum raya lagi esoknya, semua bersiap sedia nak solat terawih pulak…

 

sambung balik menganyam ketupat selepas terawih

 

Layan karaoke dulu sementara menunggu ibubapa masing-masing menyiapkan kerja..

 

Terima kasih buat yang sudi hadir ke Majlis Berbuka Puasa tempohari walaupun ramai rakan kita yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing di Malaysia, namun kita yang masih tinggal di sini tetap sambut dengan meriah sekali.

IFTAR 5/2012

Posted in Activities, Pot Luck on 12/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis Berbuka Puasa siri 5/2012 ini bertempat di kediaman En.Muhamad Zambri dan Puan Rozita Ishak pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan 1433 hijrah yang lalu.

Terima kasih buat para tetamu atas kunjungan dan juadah yang disediakan.

 

IFTAR 4/2012

Posted in Activities, Pot Luck on 12/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih berjemaah diteruskan lagi untuk kedua kalinya dalam minggu yang sama. Majlis pada kali ini telah diadakan di kediaman Puan Annie Sabrina Lasumin yang bertempat di Palacio Apartment, TTK Road, Alwarpet pada hari Ahad bertarikh 5 Ogos 2012 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1433 hijrah yang telah lau.

Terima kasih buat semua para jemputan dan rakan-rakan yang dapat meluangkan masa anda hadir ke majlis tersebut.

IFTAR 3/2012

Posted in Activities, Pot Luck on 12/10/2012 by PerwakilanChennai

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran telah diadakan di kediaman En. Mohamad & Pn. Puspawati pada hari Sabtu 4 Ogos 2012 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1433 hijrah.

Majlis kali ini telah dimulakan dengan Khatam Al-Quran pada jam 5.30 ptg. Selepas itu majlis berlangsung seperti biasa dengan Solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah serta Moreh.

 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG HADIR BAGI MENGIMARAHKAN LAGI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.