Archive for the Meetings Category

Mesyuarat PERWAKILAN Bil. 4/2012

Posted in Meetings on 28/10/2012 by PerwakilanChennai

Mesyuarat PERWAKILAN Chennai bil.4/2012 telah diadakan pada hari Isnin, 24 September 2012 jam 10.00 pagi bertempat di Aras 4, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Chennai, Chenotaph Road, Teynampet.

Mesyuarat telah membincangkan mengenai aktiviti PERWAKILAN yang akan mengadakan Lawatan Ke Kilang Kulit di Vellore, Majlis Perpisahan untuk Encik Nazrul, Konsul Imigresen serta Majlis “Potluck” Bulanan.

PERWAKILAN mengucapkan terima kasih buat semua ahli di atas kesudian anda membawa juadah masing-masing pada mesyuarat yang lalu.

Advertisements

Mesyuarat PERWAKILAN : Bil. 3/2012

Posted in Meetings on 12/10/2012 by PerwakilanChennai

Mesyuarat telah berlangsung pada hari Rabu 18 Julai 2012 jam 10.00 pagi bertempat di Aras 4, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Teynampet Chennai.

Mesyuarat telah membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.

PERWAKILAN mengucapkan terima kasih kepada semua ahli di atas kesudian anda menyediakan juadah untuk mesyuarat tersebut.

Mesyuarat PERWAKILAN : Bil.2/2012 dan MAJLIS PELANCARAN RASMI BUKU RESEPI “DAPUR PERWAKILAN CHENNAI”

Posted in Achievement, Activities, Meetings on 10/10/2012 by PerwakilanChennai

Mesyuarat dan Majlis Pelancaran Rasmi buku resepi “Dapur Perwakilan Chennai” telah diadakan dengan jayanya pada hari Selasa, 12 Jun 2012 bertempat di Aras 4, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Chennai.

MESYUARAT PERWAKILAN BIL.2/2012

Mesyuarat telah membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan dalam mesyuarat yang lalu serta Majlis “Potluck” bagi bulan Jun.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dengan juadah masing-masing.

MAJLIS PELANCARAN RASMI BUKU RESEPI “DAPUR PERWAKILAN CHENNAI”

Majlis telah dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Konsul Jeneral, Encik Anuar Kasman. Majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran semua ahli dan Pegawai HBS.

Ucapan Aluan oleh Puan Maryani selaku Pengerusi PERWAKILAN

Ucapan Perasmian serta pelancaran buku resepi “DAPUR PERWAKILAN CHENNAI” oleh Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral ke Selatan India

Ini dia buku resepi “DAPUR PERWAKILAN CHENNAI”

Acara penyerahan buku  kepada ahli-ahli PERWAKILAN

TERIMA KASIH SEMUA DI ATAS SUMBANGAN RESEPI SERTA IDEA UNTUK MENERBITKAN BUKU RESEPI “DAPUR PERWAKILAN CHENNAI”. Tanpa kerjasama daripada anda semua, tidak mungkin impian akan menjadi kenyataan…

Mesyuarat PERWAKILAN Bil.1/2012

Posted in Meetings on 10/10/2012 by PerwakilanChennai

Mesyuarat PERWAKILAN bil.1/2012 telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Mei 2012, pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Chennai.

Mesyuarat kali ini telah membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan  seperti permainan bowling & sesi karaoke. Mesyuarat juga membincangkan mengenai Projek Buku Resepi Perwakilan Chennai, Lawatan ke VIT Universiti, Vellore serta Majlis Potluck bulanan.

Terima kasih kepada ahli yang telah hadir ke mesyuarat tersebut bersama dengan juadah masing-masing.

PERWAKILAN CHENNAI AGM FOR 2012/2013

Posted in Meetings on 09/10/2012 by PerwakilanChennai

Perwakilan Chennai AGM for year 2012/2013 was held on Thursday 19th April 2012, at Business Lounge, The Accord Metropolitan Hotel, Chennai. Thank you to Encik Anuar Kasman as Consul General, HBS and all members who had joined us.

Bacaan Doa oleh Encik Nazrul Izwan bin Ismail, Konsul Imigresen

Ucapan Aluan oleh Puan Maryani Abd Majid, Pengerusi PERWAKILAN Chennai

Ucapan Aluan oleh Encik Anuar Kasman selaku Penaung PERWAKILAN Chennai

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan “Door Gift” kepada ahli.

Sesi bergambar bersama Penaung dan tetamu jemputan yang hadir.

Ahli-ahli PERWAKILAN

Mesyuarat PERWAKILAN : Bil.7/2011

Posted in Meetings, Uncategorized on 09/10/2012 by PerwakilanChennai

Mesyuarat PERWAKILAN bil.7/2011 telah diadakan pada hari Rabu, 29 Februari 2012 yang lalu pada pukul 10.00 pagi dan seperti biasa bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Chennai.

Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai persiapan untuk Mesyuarat Agung yang akan diadakan pada bulan April serta aktiviti-aktiviti PERWAKILAN yang tertangguh.

Terima kasih kepada semua ahli yang sudi melapangkan masa untuk hadir pada mesyuarat tersebut bersama dengan kuih-muih masing-masing.

Mesyuarat PERWAKILAN : Bil 3/2011

Posted in Meetings on 28/09/2011 by PerwakilanChennai

Mesyuarat PERWAKILAN bil: 3/2011 telah diadakan pada hari Khamis, 28 Julai 2011 yang lepas, di kediaman Puan Azira.

Mesyuarat yang bermula sekitar pukul 11.00 pagi telah dipengerusikan oleh Puan Maryani. Mesyuarat seperti biasa membincangkan aktiviti – aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal akan datang.

Mesyuarat tamat pada pukul 12.30 tengahari dan semua ahli yang hadir telah dijamu dengan hidangan nasi tomato dan kuih muih. Terima kasih kepada tuan rumah dan juga ahli-ahli yang hadir bersama juadah kuih muih masing-masing.