PERSEDIAAN UNTUK SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55

Pengalaman memasak bersama chef-chef di dapur The Accord Metropolitan Hotel, Chennai pada 31 Ogos 2012 yang lalu…Semua chef sangat sporting dan memberikan kerjasama yang baik, tidak malu untuk bertanya serta belajar masakan Malaysia. Sangat-sangat teruja kerana dapat memasak bersama-sama dengan chef, di hotel pulak tu!!

Menu-menu yang dimasak oleh PERWAKILAN ialah… Lemang, Rendang Ayam, Nasi Impit, Kuah Kacang, Jemput-jemput @ cekodok Pisang dan juga Pengat Pisang + Keledek + Jagung, ermmmm yummmyy!! …memang sangat-sangat happening dan akan menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan..

Menu-menu yang disediakan oleh Chef-chef hotel pulak ialah…Set Nasi Ayam, Kuih Lapis, Dosa, Char Koeyteow, Popia, Tauhu Sumbat, Satay (resepi dari PERWAKILAN) dan banyak lagi!!

 

 

proses mencucuk sate

 

lepas tumis dan semua rempah dah pecah minyak….masukkan ayam ye!

 

This ingredients for Kuah Satay…so…yummy!!!

 

Bersama Ketua Chef bahagian desert, dia pun hendak belajar cara memasak masakan Malaysia.

 

haa….dah siap pun mencucuk sate

inilah lemang “Made In India”…tak ada buluh pun boleh makan lemang jugak kan…? lemang rebus je la..

 

kacau betul-betul chef ye!..jangan sampai hangit sudah…hehe

 

dah siap pun nasi impit

 

haaa…tengok tu!! semuanya sporting kan??asyik bergelak ketawa aje..

 

Pengerusi nak tunjuk pula cara-cara masak Char Koey Teow…mmm…sedapnya..

 

Semua berkumpul seawal jam 9.30 pagi di dapur hotel bersama-sama dengan chef-chef yang best!! Masak-memasak tamat lebih kurang jam 2.30 petang.

 

TERIMA KASIH PENGERUSI..PUAN MARYANI ABD MAJID DI ATAS IDEA INI..TANPA IDEA DAN BANTUAN BELIAU SERTA KERJASAMA SEMUA, TAK MUNGKIN KITA DAPAT BERMIMPI UNTUK MEMASAK BERSAMA DENGAN CHEF DI HOTEL TERKEMUKA DI CHENNAI INI.. TERIMA KASIH “YOU ALLS” ATAS KERJASAMA DAN SEMANGAT KEMERDEKAAN YANG TELAH DIBERIKAN…

Leave a comment