Publication of E-Newsletter/ Bulletin No. 2/2016

Posted in E-Newsletter/ Bulletin, Uncategorized on 25/01/2017 by PerwakilanChennai

The PERWAKILAN Chennai and Consulate General of Malaysia in Chennai had published the E-Newsletter/ Bulletin No. 2/2016 on 25 January 2017. The E-Newsletter/ Bulletin could be accessed through the following link … latest-newsletter-perwakilan-chennai-2016-1

e-bulletin-perwakilan-no-2-2016-pg-1

Salam Perpisahan Buat Puan Sarala Sekeluarga

Posted in Uncategorized on 07/12/2016 by PerwakilanChennai

Salam Perpisahan buat Puan Sarala sekeluarga telah diadakan di lobi Hotel Taj Coromandel,Chennai pada Jumaat 2 Disember 2016. Puan Sarala dari Tourism Malaysia akan kembali bertugas di tanahair..Semoga berjumpa lagi.img-20161206-wa0009

Majlis Perpisahan Puan Sarala Pathar

Posted in Uncategorized on 27/11/2016 by PerwakilanChennai

Majlis Perpisahan bagi Puan Sarala Pathar telah diadakan di Restaurant Chap Chay, Hotel Raintree pada 21 November 2016. Kepulangan beliau untuk meneruskan tugas di tanahair akan kami rindui kerana beliau juga salah seorang ahli Perwakilan yang banyak berbakti dan terlalu banyak kenangan manis beliau semasa di Chennai. Selamat bertugas dan harap dapat bersua lagi di masa hadapan..

Majlis kesyukuran dan doa selamat

Posted in Uncategorized on 27/11/2016 by PerwakilanChennai

Dengan penuh rasa syukur dan gembira..Puan Setiausaha Perwakilan telah selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat, 4 November 2016. Bacaan yassin dan doa selamat juga telah diadakan di kediaman Puan Roslinda Alias dalam masa yang sama memerlukan rehat yang secukupnya. Kami doakan semoga semuanya sihat sentiasa..Aamiin

Happy Deepavali 2016 from PERWAKILAN Chennai

Posted in Uncategorized on 28/10/2016 by PerwakilanChennai

The Ladies Association of the Consulate General of Malaysia, Chennai, extends our warmest wishes of Happy Deepavali for the year 2016. May there be prosperity and joyous celebrations with family and friends throughout this happy occasion.

Publication of E-Newsletter/ Bulletin No.1/2016

Posted in E-Newsletter/ Bulletin on 10/02/2016 by PerwakilanChennai

The PERWAKILAN Chennai and Consulate General of Malaysia in Chennai had published the E-Newsletter/ Bulletin No. 1/2016 on 10 February 2016. The E-Newsletter/ Bulletin could be accessed through the following link … Buletin-perwakilan-chennai-No.1/2016

PRE-DEEPAVALI, HOUSEWARMING & WELCOMING

Posted in Activities, Pot Luck on 15/11/2012 by PerwakilanChennai

Majlis telah diadakan dikediaman Puan Sarala pada hari Sabtu, 3 November 2012 yang lalu.

 

Auni..say cheeeeesee!!!

 

pelbagai juadah yang telah dihidangkan kepada para tetamu

 

adegan suap menyuap gitu…hehe..

 

eh-eh..menjeling semacam je ni…apasal? jgn risau ye, banyak lagi makanan tu..

 

 

Pengerusi PERWAKILAN menghadiahkan sejambak bunga untuk Puan Nor Asmah sebagai tanda Selamat Datang untuk beliau

 

acara memotong kek “3 in 1″…. “Pre-Deepavali, Housewarming & Welcoming”

 

 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA RAKAN DI ATAS KESUDIAN ANDA UNTUK HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT BERSAMA KUIH-MUIH MASING-MASING.

HAPPY DEEPAVALI FROM CHENNAI

Posted in Celebration on 11/11/2012 by PerwakilanChennai

IT’S DIWALI AGAIN! Be ready for loads and loads of crackers! Happy Diwali from the PERWAKILAN ladies to our members, relatives and friends here in Chennai, all across the world and not forgetting back in Malaysia.

 

MAJLIS PERPISAHAN BUAT KONSUL JENERAL SEKELUARGA DAN KONSUL IMIGRESEN

Posted in Activities, Farewell on 11/11/2012 by PerwakilanChennai

Majlis Perpisahan ini telah diadakan pada hari Isnin, 29 Oktober 2012 yang lalu bertempat di “The Aruna Chennai”, Sterling Road, Nungambakkam. Majlis bertujuan untuk meraikan Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral serta keluarga dan Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Imigresen yang akan tamat tempoh berkhidmat di Chennai tidak lama lagi. Konsul Jeneral dan keluarga akan pulang terlebih dahulu ke Malaysia sebelum berpindah ke tempat tugasan baru di Bosnia. Encik Nazrul Izwan pula akan kembali bertugas di Malaysia.

Majlis pada malam tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi MIC.

apalah agaknya yang diborakkan oleh Puan Pengerusi dengan YB Datuk Seri ni…hmmm

Encik Badrul Hisham sebagai pengacara majlis pada malam tersebut

Di meja utama…orang yang diraikan, Encik Anuar Kasman, Puan Maryani & Encik Nazrul bersama YB Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden MASI & pasangan.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir

Senyuman manis daripada Pengerusi kesayangan…Puan Maryani Abd. Majid bersama suami tercinta, Encik Anuar Kasman

Ucapan daripada Encik Anuar Kasman, Konsul Jeneral

Ucapan daripada YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Senyuman menawan daripada Encik Nazrul Izwan Ismail, Konsul Imigresen

Acara Penyampaian Sijil Penghargaan

Acara selingan sambil menikmati hidangan makan malam yang disajikan

Acara memotong kek oleh orang yang diraikan

Persembahan nyanyian oleh adik Dina

Persembahan hebat dari “the boys”…tarian “GANGNAM STYLE”

Penyampaian cenderakenangan daripada PERWAKILAN kepada Puan Maryani, Presiden PERWAKILAN Chennai dari April 2008 hingga November 2012

Cenderakenangan daripada ahli PERWAKILAN kepada Encik Anuar Kasman sebagai Penaung

Tandakenangan daripada semua ahli kepada Encik Nazrul yang telah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti PERWAKILAN agar dapat berjalan dengan lancar..TERIMA KASIH!!!

Nyanyian daripada Encik Nazrul

Puan Ann juga turut menyumbangkan suara beliau menyanyikan lagu Anak Kampung bersama adik Dayad

“SEMALAM DI MALAYSIA” persembahan daripada Encik Anuar Kasman buat semua yang hadir…sungguh mendalam makna lagu tersebut…

Ini pula persembahan daripada rakan-rakan buat sahabat yang mereka sayangi…Dina Anuar

 

 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA RAKAN YANG TELAH SUDI MELUANGKAN MASA ANDA UNTUK SAMA-SAMA HADIR DALAM MAJLIS INI.

AIDILADHA 2012

Posted in Activities, Celebration on 07/11/2012 by PerwakilanChennai

Hari Raya Aidiladha di Chennai jatuh pada hari Sabtu, 27 Oktober 2012 yang lalu. Setelah selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha, semua keluarga yang berada di Chennai, datang berkumpul di kediaman Encik Shah Nizam & Puan Kasma Abdullah untuk berhari raya bersama-sama.

Juadah untuk sarapan & minum pagi sementara menunggu daging korban sampai pada sebelah petang.

Alhamdulillah…dah sampai pun daging lembu korban..Korban oleh Encik Shah & isteri serta Encik Izal & isteri

Sesi memotong daging korban pulak..haha..tengok Puan Ann tu..berkain pelikat dia sambil memotong daging kurban

Ini rupa daging unta…dikorbankan oleh Encik Zambri & isteri

haa…tu..tu..ambil yang isi tu untuk buat nasi daging ye..

Semua “ladies” masing-masing sibuk bergotong royong di dapur pula

Shah : Izal, cer ko pasang betul2..nanti kang tak masak pulak daging korban kita ni..dah lapar ni..asyik makan ketupat je dari pagi tadi…

eh-eh..sambil masak pun sempat lagi nak posing ye! hmmm..memang riuh rendah bila semua dah berkumpul ni..

Sup tulang dah pun masak…jemput la semua ye…Bismillah..

Nazrul : fuh-fuh..isk..panas lagi ni..

dah siap pun nasi daging

ini daging unta yang telah digoreng kunyit

ini pulak paru goreng

slurrrppp!!! sedap betul air asam ni..thank you kak Z ye!

daging yang siap dipotong untuk dicicah dengan air asam

yang ni pulak…hati, jantung & bahan2 dalaman lain yang digoreng berempah…wow!! memang marbeles tau!!

bila semua dah kenyang, sambung dengan aktiviti main mercun dan bunga api pulak….pom! pang! kebommm!! opocot!!!

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH DATANG UNTUK SAMA-SAMA BERHARI RAYA DAN JUGA SUDI MENYUMBANG TENAGA BERGOTONG ROYONG BAGI MENJAYAKAN AIDILADHA PADA KALI INI. TANPA KERJASAMA KALIAN SEMUA, AIDILADHA KITA TAK BERERTI DAN TAK MERIAH!!